Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sinar Cahaya Membawa Erti Bermakna Hari Raya

By 15 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Jamah Nasri (Muar)

MUAR, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama Pusat Khidmat Rakyat Bukit Naning telah merealisasikan impian sepasang suami isteri di Kampung Parit Tengah, Mukim Ayer Hitam dengan menyumbangkan RM5,000 kepada mereka, semalam.

Sumbangan tersebut diberi kepada Mohd Aris Ahmad bagi membolehkannya memasang pendawaian elektrik (wiring) baru di rumahnya yang dibiayai oleh TNB.

Pengurus Besar Syarikat TNB Negeri Johor Mohd Noh Seth serta kakitangan TNB Muar telah menyampaikan cek sumbangan TNB kepada Mohd Aris Ahmad dan isterinya di kediamannya di Kampung Parit Tengah, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Naning Datuk Haji Mohd Fuad Haji Tukirin, berkata beliau berterima kasih atas keprihatinan dan kerjasama serta sumbangan yang dihulurkan pihak TNB dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi keluarga terbabit.

“Syukur alhamdulillah impian Mohd Aris untuk memiliki meter TNB sendiri dapat direalisasikan pada bulan Ramadan ini, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat Mohd Aris sekeluarga,” ujarnya.

Turut hadir Penghulu Mukim Ayer Hitam Mohd Fauzi Tubi, Ketua Kampung Parit Tengah Rosdi Abd Rahman, Ketua Kampung Parit Haji Anuar Shaibuddin Kamsin dan Ketua Kampung Batu 14/16 Jamil Jamirin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda