
Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka telah menyalurkan bantuan perayaan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 1,740 penerima seluruh negeri ini bagi tahun 2023.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM348,000 menerusi dana Tabung Amanah Bantuan Negeri Melaka.
“Fokus utama kerajaan negeri adalah untuk memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir dalam mendapatkan bantuan jika memerlukan di negeri ini,” ujar Kalsom.
Beliau berkata demikian didalam program penyampaian bantuan perayaan Aidilfitri peringkat parlimen Masjid Tanah mewakili Ketua Menteri Melaka, disini semalam.
Seramai 310 penerima bantuan telah menerima bantuan persiapan hari raya membabitkan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ibu tunggal dan warga emas.
-ZS-