Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

28 Masjid Terima Bantuan Imarah Ramadan

By 1 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Jelebu)

JELEBU, 1 Apr (Malaysiaaktif) –Yang di-Pertua Dewan Negara yang juga Pengasas Yayasan Budi Tan Sri Datuk Seri Utama Rais Yatim telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Masjid Kampung Dulang, di sini semalam.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan kepada 28 buah masjid sekitar Jelebu untuk mengimarahkan suasana sepanjang bulan Ramadan ini.

“Dengan sumbangan ini dapatlah kita saling bantu membantu dalam menyambut bulan Ramadan ini dengan mereka yang kurang berkemampuan. Jemputlah mereka berbuka puasa di masjid”, kata Rais Yatim dalam ucapanya.

Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri oleh Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang Bakri Sawir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda