Laporan/foto: Ismael Idris/Azreen Ahmad
JASIN, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Projek kuih raya amal Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam, (PUSPANITA) cawangan Jasin telah berlangsung di Laman Wanita (laWa), di sini semalam.
Menurut Pengerusi PUSPANITA Cawangan Jasin Nurliana Zulkifli, 38, projek kuih raya ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan sillaturahim di antara ahli PUSPANITA cawangan Jasin.
“Kuih raya yang siap dibungkus akan disumbangkan ketika Program Ziarah Ramadan dan jualan amal kepada orang ramai, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kebajikan PUSPANITA cawangan Jasin kelak,” ujarnya.
Seramai 50 orang ahli PUSPANITA cawangan Jasin telah hadir menyumbang tenaga dalam pembuatan kuih raya ini dan sebanyak 200 balang kuih telah dihasilkan.
-ZS-