Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

500 Atlet Terengganu Teruja Perkongsian Ikon Sukan Terengganu

By 12 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 500 atlet Terengganu teruja dengan pengisian Madinah Ramadan yang membawa perkongsian panel oleh ikon kesukanan kebanggaan Negeri Terengganu.

Peserta program, Nor Aifa Nadiya Farimi, 19, berkata beliau begitu teruja kerana dapat hadir ke Program Perhimpunan Atlet Terengganu yang mana terdapat slot pengisian forum bersama panel yang sangat berpengalaman dalam bidang sukan.

“Sepanjang forum ini, kami dapat berjumpa secara langsung dan mendengar perkongsian dan pengalaman ikon-ikon kesukanan yang telah berjaya di luar negara yang mana lahir daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT),” katanya, sini semalam.

“Perkongsian Pelumba berbasikal lebuh raya, Mohd Harrif Saleh daripada pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) menjuarai Grand Prix (GP) Velo Manavgat di Turki secara tidak langsung memberikan motivasi kepada saya untuk lebih berjaya di dalam bidang olahraga yang diceburi ketika ini di MSNT,” katanya.

Muhamad Baihaqi Hilmi Mohd, 17, berkata beliau yang sedang mengikuti bidang wushu di MSNT begitu teruja dan gembira apabila dapat hadir ke program tersebut.

“Pengisian program ini memberi manfaat yang banyak apabila berjaya menghimpunkan hampir kesemua atlet-atlet Terengganu di dalam satu tempat, berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib dan mengerjakan solat tarawih bersama-sama,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda