Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

BRR Galak Pembayaran Tanpa Tunai

By 3 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned (Sabah)/KPDN Sabah 

KOTA KINABALU, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menggalakkan pengunaan e-dompet di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) bagi tiga kawasan utama iaitu Kota Kinabalu, Putatan dan Tawau.

Menurut Pengarahnya, Georgie Abas, pihaknya bekerjasama dengan pihak penyelia perkhidmatan e-dompet (‘Touch n’ Go dan Boost’) menawarkan pemberian insentif e-tunai kepada 6,000 pengunjung dalam bentuk e-dompet bernilai RM20 bagi 1,000 pengunjung terawal di setiap lokasi BRR pada tarikh tertentu.

“Pemberian e-dompet BRR yang akan berlangsung melalui Boost adalah bagi kawasan Lintasan Deasoka pada 8, 9, 15 dan 16 April ini.

“Manakala BRR Juara Sport Arena Ketiau pada 8 dan 9 April, BRR Hadapan Sabindo Plaza, Tawau pada 15 dan 16 April.

“Inisiatif ini sekaligus memperluaskan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi) untuk memastikan peniaga kecil tidak ketinggalan dalam model baharu perniagaan secara digital dengan mengaplikasikan pembayar digital tanpa tunai.

“Ini juga mendokong kerangka pelaksanaan MyDIGITAL, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK-12 bagi sektor peruncitan dalam membantu peniaga melonjakkan semula ekonomi mereka dengan mempelbagai pilihan pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda