Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI BAKAP, 18 Apr (Malaysiaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan menjadi medan untuk menyalurkan maklumat dan info berguna.
Program yang mendapat kerjasama Pejabat Parlimen Nibong Tebal turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Selatan dan PERKESO Pulau Pinang diadakan di Masjid As-Solihin Kampung Kepala Gajah, di sini.
Menurut Pengerusi Masjid As-Solihin Kampung Kepala Gajah Ismail Hamid pihaknya menghargai usaha penganjuran program seumpama ini dalam menyebarluaskan konsep Malaysia Madani kepada masyarakat di samping ia sarat dengan info serta isu-isu semasa.
Turut diadakan penyampaian sumbangan bakul makanan dan barang keperluan oleh Pejabat Parlimen Nibong Tebal.
-ZS-