Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Panjut Gergasi Hiasi Malam Tujuh Likur

By 18 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal/Nurizzati Hanis (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba diraikan penuh meriah dengan pemasangan panjut dan pelita pada malam 27 Ramadan atau malam tujuh likur di Padang Sekolah Kebangsaan Ulu Ribu, di sini, semalam.

Pengerusi Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu, Amirudin Mohd Lazim berkata, sebanyak 1,600 pelita disediakan bagi pemasangan panjut kali ini termasuk pelita yang disusun di sekitar kawasan tapak panjut bagi membangkitkan suasana perayaan tahun ini.

“Persiapan pelita gergasi ini mengambil masa kira-kira tiga bulan dengan tema Masjid Wilayah Kuala Lumpur dipilih kerana mempunyai nilai seni yang unik berteraskan Tamadun Uthmaniah dan mengambil ilham daripada binaan Masjid Biru di Turkiye.

“Sejumlah 32 batang buluh berketinggian 9.5meter tinggi (31 kaki) didirikan setinggi empat tingkat yang menggunakan 128 tetupai, 64 gelegar dan 20 keping papan lantai serta diperkuatkan lagi dengan 11 batang buluh sebagai penongkat,” katanya ketika dihubungi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda