Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jualan Rahmah Peringkat Negeri Perlis : Diskaun Sehingga 30 Peratus

By 18 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Affandi Yusran Suhadi

KANGAR, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis dengan kerjasama rakan strategik, melancarkan Jualan Rahmah Peringkat Negeri Perlis yang diadakan di NFS AMG Trading, Cawangan Bintong, di sini kelmarin.

Pengarah KPDN Negeri Perlis Norazah Jaapar, berkata Jualan Rahmah peringkat Negeri Perlis pada peringkat permulaan ini hanya melibatkan empat cawangan kedai di bawah kumpulan AMG iaitu NFS AMG Trading (Cawangan Bintong) Kangar, NFS AMG Trading (Cawangan Arau), Zihah AMG Trading (Cawangan Sena, Kangar) dan ADAM AMG Trading (Kuala Perlis).

“Inisiatif Jualan Rahmah pada hari ini bertujuan untuk menfokuskan kepada barangan bagi persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi dan bermula pada 16 April 2023 (Ahad) sehingga malam Aidilfitri dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 malam secara serentak di kesemua kedai  terlibat.

“Sebanyak 22 barangan dijual pada harga diskaun yang disyorkan oleh kerajaan 10 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum dan beberapa barang lain untuk keperluan harian,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda