Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mangsa Banjir Daerah Segamat Terima Sumbangan Maxis

By 6 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Kadir/Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Syarikat penyedia telekomunikasi Maxis Sdn Bhd dengan kolaborasi Jabatan Penerangan Malaysia telah menyumbang 250 kotak makanan kering kepada mangsa banjir di Daerah Segamat semalam.

Menurut penerima Azmi Omar, 46, beliau berasa sangat bersyukur kerana mendapat sumbangan kotak makanan daripada Maxis.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk menampung keperluan hidup seharian,” katanya.

Penghulu Mukim Buloh Kasap Nor Rafizan A. Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Maxis kerana sangat prihatin dengan mangsa banjir di kala bulan Ramadan.

“Setiap bantuan barangan kotak Maxis menerima beras, susu, kicap dan pelbagai makanan asas yang lain disediakan,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor Naim Fahmi Ahmad Tajuddin dan Ketua Komunikasi Koporat Maxis Keith Pereira.

-ZS-

Tinggalkan komen anda