Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Menu Rahmah Mampu Bertahan Lama – Salahuddin

By 15 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahudin Ayub yakin Menu Rahmah mampu bertahan kerana harga bahan utamanya seperti beras dan ayam dikawal oleh kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha agar pengusaha menu tersebut mendapat harga beras yang lebih murah.

“Harga ayam juga dikawal dengan harga RM9.40 malah terdapat pasaraya yang menjual di bawah harga tersebut.

“Ia merupakan asas bahawa Menu Rahmah mampu bertahan lama selagi kerajaan mampu mengawal harga barang-barang kawalan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan Pusat Fisioterapi BeVital, di sini hari ini.

Salahuddin berkata, inisiatif Payung Rahmah melakar satu lagi sejarah apabila bidang perubatan melibatkan bidang fisioterapi turut serta dalam inisiatif berkenaan.

“Sempena pelancaran pusat fisioterapi ini, diskaun 50 peratus ditawarkan kepada pelanggan yang pertama kali membuat rawatan di situ,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda