
Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Afiq
JERANTUT, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 618 orang menerima sumbangan Bantuan Khas Aidilfitri 2023/1444H oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Penyerahan bantuan sebanyak RM500 disampaikan oleh Penyelaras Dewan Negeri Damak, Haris Salleh Hamzah kepada penerima yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKKR), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) dan Tok Batin manakala RM200 kepada Setiausaha JPKK.
Dalam ucapan beliau, bantuan ini disasarkan berdasarkan beberapa perkara seperti contoh, bantuan kepada penjawat awam yang diberi sebagai tanda terima kasih kerana komited bekerja dan terus menerus berbakti dengan kerajaan di samping meningkatkan hasil negeri.
‘Kerajaan Negeri turut memberikan bantuan kepada ibu tunggal sebanyak RM200 yang mana bantuan diberi ini dapat meringankan beban sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba,” katanya.
Menurut seorang penerima, Hamdan Ismail, 55, yang merupakan salah seorang Pengerusi JPKK di sini berkata, “Saya mewakili seluruh Pengerusi dan setiausaha JPKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas pemberian bantuan hari raya ini.
“Moga dengan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri serta seluruh warga JPKK Negeri Pahang”, ujarnya lagi.
Bagi Puan Zalina binti Abdul Rashid, 43, beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang kerana memberi sumbangan bantuan khas Aidilfitri pada tahun ini.
“Bantuan ini dapat meringankan bebanan saya dalam membuat persiapan untuk menyambut hari raya tidak lama lagi memandangkan ekonomi sekarang dan kos sara hidup yang sangat tinggi,” katanya.
-ZS-