
Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)
DUNGUN, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Program Jualan Terus dari Ladang (JTDL) Syawal Madani di Gelanggang Futsal, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Dungun legakan warga Dungun untuk membeli barangan keperluan harian menjelang Syawal beberapa hari sahaja lagi.
Pegawai Daerah Dungun Jusman Ibrahim menyempurnakan gimik Program Walkabout JTDL serta melancarkan Jualan Kombo Madani.
“Dalam JTDL Syawal Madani kali ini dibawakan jualan sayuran kombo Madani, barangan segar seperti ayam, ikan Q-fish oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun dan juga telur,” katanya.
Selain itu, terdapat juga jualan produk raya dari usahawan Industri Asas Tani (IAT).
Pengguna dapat membeli ayam dengan harga RM9.20 per kilogram, Kombo Madani merangkumi sawi, kangkung, timun, kobis dan terung dengan harga RM10 ringgit berbanding dengan harga sebenarnya RM15 ringgit dalam program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Dungun ini.
Turut hadir Pengarah FAMA Terengganu Nukman Hashim dan Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Negeri Terengganu, Azhar Jamaludin.
-ZS-