Laporan/foto: Suriani Ghazali/Nor Aniss Rahin (Perak Tengah)
SERI ISKANDAR, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Kompleks Pentadbiran Daerah Seri Iskandar menjadi tumpuan pengunjung yang ingin mendapatkan barangan keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, di sini hari ini.
Penolong Pegawai Pertanian Daerah Perak Tengah Huzaimah Mohd Said@Asmuni, berkata Program Promosi Jualan Produk Industri Asas Tani dan Hasil Ladang myGAP Pejabat Pertanian Daerah Perak Tengah Tahun 2023 yang sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi telah diserbu pengunjung seawal pukul 8.30 pagi.
“Barangan jualan seperti biskut raya, kek lapis Sarawak, kerepek, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga biasa.
“Program yang dijadualkan berakhir pada pukul 4.00 petang berkemungkinan tamat lebih awal kerana barangan jualan hampir habis ekoran mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar,” ujarnya ketika ditemui.
-ZS-