Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

JIWA JaPen Labuan – Ziarah Kasih MAIWP Kongsi Maklumat kepada Golongan Asnaf

By 18 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Rodey Roy Juhalin (Labuan)

LABUAN, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Labuan menjalin kerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP) dalam menyebarkan maklumat dasar kerajaan melalui Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) yang disekalikan dengan Program Ziarah Kasih MAIWP.

Menurut Penolong Pegawai Penerangan JaPen Labuan, Roseemyzal Nordin, JaPen Labuan mengadakan sesi ‘meet & talk’ iaitu memberi penerangan dan mengedarkan risalah kepada golongan asnaf yang terlibat dalam Program Ziarah Kasih MAIWP.

“Antara maklumat yang disebarluaskan adalah Manfaat Belanjawan 2023,  Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih dan Jalur Lebar Tetap, Fasiliti Sokongan Akaun 2,  Berita Palsu, Jenayah Scam dan Konsep Malaysia Madani di samping menyumbangkan biskut raya kepada kumpulan sasar manakala MAIWP Labuan menyampaikan barangan keperluan dapur, duit raya serta penyampaian pek makanan QSR Brands.

“Program turun padang secara bersemuka ini amat penting dalam memberi kefahaman serta menyampaikan sebarang maklumat mengenai dasar, mesej dan hala tuju kerajaan supaya diterima terus oleh kumpulan sasar,” katanya semasa ditemui pada program itu semalam.

Sesi perkongsian maklumat–maklumat tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah JaPen Labuan, Ab Rasil Hajatil.

Turut hadir sama Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan, Mohd Radzaleih Matusin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda