Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Persiapan Awal Sambut Lebaran

By 3 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Aidilfitri yang bakal diraikan hujung bulan ini menggamit pengunjung ke pasar raya untuk mendapatkan kelengkapan bagi sambutan Hari Raya Adilfitri meskipun Ramadan baru memasuki hari yang kedua belas pada hari ini.

Menurut Azhari Fauzi, 38, berkata dia lebih gemar membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal bagi mengelak daripada bersesak-sesak dengan orang ramai.

“Kebanyakan persiapan raya telah dibeli awal secara dalan talian yang menawarkan banyak pilihan dan tawaran harga yang menarik,” kata Normah Yaacob, 34.

Tambahnya, dia datang ke pasar raya bagi meninjau tambahan keperluan lain bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Mat Saidi Yusof, 46, berkata persiapan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sama seperti tahun sebelumnya.

“Memang ada sedikit kenaikan harga barangan persiapan raya, namun sebagai pengguna kita perlu bijak berbelanja dan berhemah dalam mencari keperluan hari raya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda