Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Rumah Terbuka Premier Sarawak Meriah dengan Kunjungan Pelbagai Lapisan Masyarakat

By 24 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Sabtu lalu meriah dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat dan agama.

“Saya berasa gembira kerana masih larat lagi mengunjungi ke majlis rumah terbuka pada tahun ini untuk berjumpa dengan kawan-kawan,” kata Banie Laba, 62, dari Kota Samarahan bersama isteri Bisil Gagang, 50, yang tidak pernah terlepas peluang mengunjungi majlis ini setiap tahun.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya mengunjungi ke majlis seperti ini, saya amat teruja dengan suasana kemeriahan sambutan yang dibanjiri orang ramai daripada pelbagai kaum sambil merasai keharmonian yang ada di negeri ini,” kata suri rumah June Liew, 50, menceritakan pengalamannya.

Selain itu pekerja sambilan Mastura Abdullah, 29, membawa anak-anaknya untuk merasai kelainan suasana sambutan hari raya di sini.

-ZS-

 

 

Tinggalkan komen anda