Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

18 Agensi Kerajaan dan NGO Santuni Penduduk Taman Lip Sin

By 1 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain (Daerah Timur Laut)

BATU UBAN, 1 Mei (Malaysiaaktif) – 18 agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turun padang menyantuni penduduk Taman Lip Sin di Karnival Penduduk yang turut disertai lebih 300 orang pengunjung.

Karnival ini juga dilihat sebagai satu platform agensi-agensi kerajaan turun padang bertemu dan mendekati rakyat.

Antara agensi yang terlibat adalah seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), mySalam dan Lembaga Perumahan.

Selain itu, m Hospital Pantai juga memberi pemeriksaan kesihatan percuma dan ‘Secret Room’ gunting rambut percuma kepada penduduk setempat.

Seorang pengunjung Noor Ain, 33, berkata beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada pihak penganjur dan semua agensi yang terlibat kerana telah memudahkan urusan beliau.

Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut turut mengambil kesempatan untuk menyampaian Konsep Malaysia Madani kepada penduduk setempat agar mereka lebih cakna berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan.

Karnival anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Lip Sin dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut, Pusat Khidmat Parlimen Bayan Bayu dan Pusat Khidmat ADUN Batu Uban.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Kumaresan Arumugam, Pegawai Khas Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru Chan Soon Aun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda