Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Menu Vietnam Halal Semakin Digemari Rakyat Kelantan

By 1 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Bee (Pasir Mas)

KOTA BHARU, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Sejak kebelakangan ini menu Vietnam halal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negeri Kelantan.

Menurut Pengasas Dian Cafe, Gan Pick Chin, 56, beliau cuba mengetengahkan menu masakan halal Vietnam asli yang boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Sebelum ini saya telah beberapa kali berkunjung ke Vietnam untuk melakukan analisa dan mencari satu revolusi yang terbaik untuk diterjemahkan menu halal di sini,” katanya.

Katanya, beliau telah membawa seorang anak angkat dari Vietnam sebagai tukang masak bertauliah bagi melebarkan perniagaan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

“Saya juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda tempat dengan bantuan seramai 11 orang pekerja, hasilnya cukup memberangsangkan,” katanya.

Menurut pekerja Dian Cafe Nurul Syafiqah Mohamad Zaain, 25, permintaan terhadap makanan dan minuman di restoran itu sememangnya mendapat sambutan kerana m harga yang berpatutan serta mampu beli.

Seorang lagi pekerja Adil Alfian Jeffril, 23, merasa bertuah kerana dapat bekerja dan berpeluang belajar pelbagai menu masakan unik dari negara Vietnam di restoran teraebut.

“Saya berharap suatu hari nanti boleh berniaga dalam bidang masakan seperti Madam Gan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda