Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Nur Fariza Farnoh (IPN)
MELAKA, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dengan sambutan yang dilaksanakan di Menara Persekutuan, Ayer Keroh, di sini semalam.
Menurut Penjawat Awam Aszarina Yaacob, 41, sambutan hari raya pada kali ini sangat meriah kerana dapat bersua muka dengan rakan-rakan daripada agensi.
āMengeratkan hubungan antara jabatan-jabatan amat penting dalam melaksanakan pelbagai program lebih-lebih lagi kita sebagai penjawat awam yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan hari ini.
“Program sambutan hari raya ini menghidangkan pelbagai jenis menu antaranya laksa, roti jala, rendang dan banyak lagi,” ujarnya.
Selain itu, turut diadakan taklimat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertajuk āKlik Dengan Bijakā, pertandingan gerai serta busana tercantik lelaki dan perempuan.
-ZS-