Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

294 Keluarga di Dungun Terima Bantuan Banjir

By 30 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM3,500, di sini hari ini.

Salahuddin berkata jumlah keseluruhan penerima bantuan yang merupakan mangsa banjir akibat Monsun Timur Laut 2022/2023 (MTL 2022/2023) bagi Daerah Dungun adalah seramai 294 orang untuk fasa kali ini.

“Kerajaan juga dalam perancangan untuk melancarkan pelan insuran rahmah bagi membantu mangsa banjir dalam masa terdekat,” katanya.

Seorang penerima bantuan yang ditemui, Muhamad Mat, 76 mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membantu meringankan beban mereka yang menjadi mangsa banjir dengan bantuan yang disalurkan.

“Bantuan BWI ini amat membantu saya dalam meringankan beban selepas kejadian banjir yang berlaku mengakibatkan kerosakan barang-barang penting di dalam rumah,” ujarnya.

Agihan peruntukan BWI ini diadakan di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Dungun serta Angkatan Pertahanan Awam Daerah Dungun.

Turut hadir Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu Abdul Kahar Abdul Latif dan wakil Pegawai Daerah Dungun Fairul Hisyam Mat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda