Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

35,000 Hadir Sambutan Aidilfitri di Gombak

By 15 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Hampir 35,000 tetamu dan pengunjung hadir memeriahkan sambutan Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) Daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak semalam.

Program yang diadakan serentak dengan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani tersebut menerima kehadiran orang ramai seawal pukul 6 petang.

Tetamu kehormat yang hadir adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri-Menteri Kabinet dan barisan pimpinan Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata beliau sangat gembira dan berbesar hati dengan kehadiran Perdana Menteri.

“Diharapkan program ini dapat mengeratkan hubungan kerajaan negeri dengan masyarakat di samping memperkenalkan produk (skim inisiatif) kerajaan negeri.

“Terima kasih kepada semua pihak yang diketuai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Pejabat Daerah Gombak yang menjayakan program ini,” katanya ketika ditemui media semalam.

Pengunjung yang hadir disajikan 42 jenis makanan seperti sate, ayam golek, air balang dan pelbagai juadah yang disediakan di 29 buah gerai.

Orang ramai turut dihiburkan penyanyi terkenal, M. Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Mentor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda