Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Amalan Tradisi Mengikat Silaturahim

By 11 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Meraikan Hari Raya Aidilfitri selama sebulan Syawal sudah menjadi budaya penduduk Kampung Tanah Kebun, Sungai Acheh, di sini.

Walaupun ia bukanlah anjuran dalam Islam tetapi penganjuran rumah terbuka atau mengadakan jamuan hari raya sudah menjadi tradisi mereka.

Menurut Pengerusi Komuniti Sungai Acheh Azhar Ahmad, rumah terbuka sama ada diadakan secara besar-besaran mahupun sederhana dan saling memberi hadiah amat baik untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Sementara itu Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan Farhani Ismail yang turut hadir di majlis tersebut baru-baru ini menyifatkan pengajuran majlis seperti ini sangat baik dan tradisi ini perlu dikekalkan.

“Amalan saling bermaafan juga begitu sinonim dengan hari raya kerana kita lebih mudah untuk memaafkan serta melupakan persengketaan yang berlaku. Itulah peluang terbaik merapatkan kembali persaudaraan dan menyambung hubungan yang terputus disebabkan perbalahan atau berbeza pandangan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda