Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)
SANDAKAN, 16 Mei (Malaysiaaktif)- Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo (BSBCC) bertanggungjawab dalam penjagaan kebajikan haiwan, pemuliharaan dan kempen kesedaran berkaitan dengan beruang madu yang merupakan spesies hidupan liar terancam.
Menurut Pengasas BSBCC Dr Wong Siew Te, BSBCC adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan Land Empowerment Animals People (LEAP) yang ditubuhkan bagi mendedahkan serta berkongsi kepentingan beruang madu ini dilindungi.
-ZS-