Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PBAKL 2023 Dapat Sambutan Luar Biasa

By 30 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei lalu menerima menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung.

PBAKL 2023 yang diadakan pada musim cuti sekolah dari 26 Mei hingga 4 Jun ini merupakan acara tahunan yang paling dinantikan oleh pelajar-pelajar dan pencinta buku.

Program yang berlangsung selama sepuluh hari ini disertai 814 reruai daripada pelbagai syarikat pengedar dan penjualan buku.

“Hasil jualan pada kali ini memperolehi keuntungan yang memberangsangkan dan ini adalah salah satu usaha kita untuk memperkenalkan syarikat kami kepada orang awam,” jelas Tay Koon Chau, 43, yang bertugas di reruai Kadokawa Gempak Starz.

Manakala Afiqah Syahirah, 17, pelajar dari Dengkil berpendapat walaupun agak sesak dengan kunjugan orang ramai tetapi masih berbaloi kerana potongan harga yang ditawarkan sehingga 70 peratus.

“Saya harap pesta ini dapat juga dibuat di lokasi selain WTCKL untuk mengurangkan kesesakan dan memudahkan orang ramai berkunjung dan membeli,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda