Laporan/foto: M Zakri Chan
MELAKA, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan kehadiran Tuan Yang Terutama Zhao Leji, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Republik Rakyat China ke-14 ke Negeri Melaka, semalam.
Pertemuan ini adalah lambang hubungan dua hala yang terjalin di antara Melaka dan China sejak 600 tahun lalu.
Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, hasil daripada perbincangan ini, Melaka bersedia membuka pintu kerjasama luas bagi membangunkan sektor pelancongan, pelaburan, perindustrian, perindustrian dan pelabuhan khususnya dalam koridor pembangunan baharu Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ).
“Kerajaan Negeri Melaka berbangga apabila delegasi Kerajaan China ini memilih negeri ini dalam sebahagian daripada rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia,” ujar Rauf.
-ZS-