Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Keindahan Semula Jadi Tarik Pengunjung ke Gua Kek Look Tong

By 18 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Kalaimani Munian (Kampar)

IPOH, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Keindahan Gua Kek Look Tong, sebuah gua batu kapur yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh menjadi tarikan bukan sahaja kepada pengunjung tempatan bahkan pelancong luar negara.

Gua ini dikenali sebagai salah satu tokong Buddha yang terkenal di negeri Perak dan digunakan untuk aktiviti keagamaan penganut Buddha.

Pengunjung Farah Nadiya Ismail, 23, berkata bahagian dalam gua terserlah dengan hiasan patung-patung dewa Buddha bahkan lakaran landskap semula jadi di batu gua pasti memukau hati yang melihatnya.

“Saya sangat tertarik dengan keindahan pembentukan semula jadi stalaktit dan stalagmit yang terdapat di dalam gua ini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Noor Asma Arrifin, 30, dari Kuala Lumpur berkata menjadi kebiasaannya untuk menaiki bot kayuh bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

“Kami turut mengambil peluang berjalan di atas laluan berbatu  kecil atau dikenali sebagai ‘reflexology path’ setiap kali datang ke sini,” tambahnya.

Keindahan Gua Kek Look Tong pastinya menjanjikan ketenangan buat warga kota yang ingin lari dari kehidupan yang sibuk selain dapat mencipta memori indah bersama keluarga tersayang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda