Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KKD Lancar Tabung Kasih@HAWANA Bantu Pengamal Media

By 16 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Shaharuddin Ahmad (KKD)

PUTRAJAYA, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan memperkenalkan Tabung Kasih@HAWANA bagi menyantuni wartawan serta petugas media seluruh negara sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara.

Tabung khas itu akan dilancarkan sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 dari 27 hingga 29 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata inisiatif tersebut akan menjejaki wartawan-wartawan yang memerlukan bantuan dan diberikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan.

“Saya amat mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk Tabung Kasih@HAWANA demi menjayakan hasrat murni membantu rakan-rakan media kita.

“Setakat ini, HAWANA 2023 telah menyantuni bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Muhammad Basir Abu Bakar yang menghidap penyakit jantung dan wartawan veteran, Mohd Sidek Salleh yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kanser usus,” katanya pada Majlis Prapelancaran HAWANA 2023 di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Fahmi, HAWANA 2023 yang bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ akan berlangsung di Ipoh, Perak dan bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda