Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JPS Komited Pulihara 200 Jenis Pokok

By 16 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)

SANDAKAN, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) menanam lebih 200 pelbagai jenis pokok di Taman Rekreasi Hutan Simpan Khazanah.

Menurut Ketua Unit Tapak Semaian Norsidi Mohd Kamdi, 55, ini menjadi satu usaha dalam pemuliharaan alam semula jadi dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Antara pokok menjadi tarikan seperti laran, telisai superba, selangan anderson, pulai, selangan dan belian.

“Selain itu, terdapat tarikan lain di sini di mana kita boleh menaiki lokomotif (montik) yang pernah digunakan sekitar 1950-1960an untuk penarikan balak sambil mengelilingi kawasan ini,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Hutan Simpan Khazanah, semalam.

Tambahnya, beliau sudah berkhidmat lebih kurang 23 tahun di JPS.

“Saya berharap usaha pemuliharaan ini dapat diteruskan kepada generasi pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, lokasi kawasan di Taman Rekreasi ini mempunyai keluasan 19.90 hektar.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda