Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MB Pahang Rai Aidilfitri Bersama Masyarakat

By 15 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Muhammad Jamil (Lipis)

LIPIS, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hadir menyerikan Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat Kampung Mela, di sini baru-baru ini.

Dalam sesi ucapannya Wan Rosdy melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu masyarakat Kampung Mela dalam suasana hari raya yang sangat meriah.

“Saya bersyukur kerana masih berkesempatan hadir untuk bertemu serta meraikan Aidilfitri bersama masyarakat di sini walaupun agak sibuk dengan tugasan serta baru sahaja selesai Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang,” ujar beliau.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih 5,000 tetamu bermula pukul 10 pagi hingga 2.30 petang dan rata-rata tetamu yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama seorang pemimpin yang dihormati serta berjiwa rakyat.

Dalam majlis yang sama, seramai 20 orang penerima cek sumbangan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM442,753.25 secara keseluruhan turut diraikan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda