Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)
TAWAU, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Pertandingan Pintu Gerbang Raya 2023 menjadi wadah perpaduan penduduk berbilang kaum di daerah Tawau.
Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan program ini telah mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
“Program ini melahirkan kecintaan semua penduduk yang berbilang kaum dan bangsa untuk memperkasakan lagi khazanah agar tidak hilang ditelan zaman.
“Di samping itu, mewujudkan semangat kerjasama dan kekitaan di mana penduduk kampung terlibat tua dan muda bekerjasama membina pintu gerbang raya terbaik untuk mendapatkan kemenangan,” katanya semasa berucap di majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pintu Gerbang Raya Tawau 2023, di sini baru-baru ini.
Sementara itu, pengarah program Asmah Kadir berharap agar Kementerian Perpaduan menjadikan program ini sebagai program dwitahunan kerana dilihat mampu memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
-ZS-