Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pemulihan Penagihan Dadah Bukan Hanya digalas AADK

By 30 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

PADANG BESAR 30 Mei (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, di sini semaalam.

Baginda, bertitah komitmen dan keterlibatan semua pihak meliputi klien itu sendiri, seluruh ahli keluarganya, komuniti setempat, jabatan-jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua pemimpin di peringkat akar umbi sangat penting untuk mengekalkan kepulihan seseorang itu sepanjang hayatnya.

“Sehubungan dengan itu, saya mengajak seluruh rakyat melangkaui latar belakang dan ideologi untuk terus komited dalam menyokong usaha-usaha memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri dan negara ini,” titah baginda.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon dan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda