Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Hadiah Keseluruhan RM240,000 Menanti Peserta LISC 2023

By 8 Mei 2023Mei 17th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Hadiah keseluruhan bernilai sekitar RM240,000 menanti para peserta untuk 15 acara yang mengisi Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023 bermula 9 Mei sehingga 14 Mei 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, LISC akan bermula dari 9 Mei bagi acara pelepasan memancing laut dalam dan manakala acara lain akan bermula dari 12 – 14 Mei 2023 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

“LISC 2023 mempertaruhkan acara utama iaitu Cabaran Memancing Laut Dalam (DAIWA Deep Sea Challenge) 2023 yang pada pertama kalinya mendapat penyertaan paling ramai dalam sejarah penganjurannya.

“Penganjuran pada tahun ini telah mendapat penyertaan seramai 250 peserta dengan melibatkan 21 buah kapal yang merekodkan penyertaan dari Perancis, Kanada, Hongkong, Australia, Malaysia adalah sangat memberangsangkan.

“Antara acara lain yang akan dijalankan adalah Cabaran Renang Merentas Labuan (Labuan Cross Swimming Challenge) 2023, Cabaran Kayak Mengelilinggi Pulau (Labuan Round Island Kayak) 2023, Tiktok Most Creative Challenge LISC 2023, Pertandingan Mencandat Sotong, Pertandingan BMAEX Semi Pro Edition 2023, Pertandingan Karoake Duo/Berkumpulan  Pertandingan Bot Laju, Sukaneka Pantai, Kejohanan Bola Tampar Pantai, Pertandingan Beach Rugby , LISC RUN 2023, Kejohanan Petanque Pantai LISC 2023, Pertandingan Memancing Pesisir Pantai,” katanya dalam satu sidang media, di sini semalam.

Beliau turut mengharapkan semua pihak seperti agensi kerajaan, swasta, pengusaha hotel, agen pelancongan dan premis perniagaan memberikan komitmen bagi sama-sama menjayakan LISC 2023.

“Kita harap para peniaga dan hotel tidak menaikkan harga kepada pengunjung luar dan warga tempatan kerana kita ingin rancakkan semula ekonomi dan sektor pelancongan tempatan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda