Laporan/video: Liu Mei May/Mohd Nazree
KUCHING, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Minggu Perpaduan 2023 yang diadakan di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja dari masyarakat tempatan malah daripada orang luar.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya pameran kebudayaan daripada pelbagai kaum etnik yang menjadi keterujaan para pengunjung untuk berkunjung dan memeriahkan lagi Sambutan Minggu Perpaduan di sini.
Program ini merupakan salah satu program di bawah flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI bagi menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
-ZS-