Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Usia Bukan Penghalang Terus Kekal Aktif dan Cergas

By 26 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Aishah Che Hassan/Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Umum mengetahui bahawa senaman merupakan aktiviti yang bermanfaat dalam mengekalkan stamina dan kesihatan tubuh badan seseorang tanpa mengira usia dan hendaklah dilakukan mengikut garis panduan serta tempoh yang betul dan sesuai.

Semangat itulah yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Kelab Warga Emas DUN Bukit Tunggal yang hadir ke Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Peringkat Daerah Kuala Nerus menerusi Senaman Aerobik dan Aktiviti ‘500 Langkah, Jom Sihat’ yang dijalankan dengan cukup meriah, semalam.

Menurut Nancy Seah, 64, banyak manfaat untuk warga emas yang boleh didapati daripada aktiviti senaman sedemikian.
”Tidak kira berapa pun umur kita, senaman adalah penting untuk membantu kita terutamanya golongan yang sudah berusia untuk terus kekal sihat dan cergas dan membantu mengelakkan diri daripada penyakit yang berisiko,” ujarnya.

Beliau juga yang merupakan tenaga pengajar bagi senaman aerobik pada hari tersebut kelihatan masih lagi cergas dan aktif dalam mengendalikan senaman tersebut walaupun sudah menjangkau usia 64 tahun.

Ahli Kelab Warga Emas Dun Bukit Tunggal juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berjalan kaki sebanyak 500 langkah menerusi aktiviti ‘500 Langkah, Jom Sihat’ sebagai aktiviti senaman yang kedua.

“Mereka semua menunjukkan komitmen yang sangat baik dan penuh bersemangat untuk terus mengekalkan gaya hidup sihat pada usia emas mereka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda