Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Rondaan Bersama Wujudkan Keberadaan dalam Masyarakat

By 26 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah/Muhamad Amsyar (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Inisiatif Program Omnipresence oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus dipergiat di daerah ini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Hilir Perak, Najmiah Hanafi berkata, rondaan ini dijalankan di kawasan berisiko tinggi (KBT) yang terdedah dengan kes penyalahgunaan dadah dengan menyasarkan orang ramai dan klien (individu yang menjalani rawatan pemulihan) di bawah agensi tersebut.

“Hari ini kita menumpukan kepada rumah-rumah klien yang telah selesai dan juga yang masih lagi di bawah pengawasan (rawatan) AADK.

“Sebelum ini, rondaan yang sama hanya dijalankan oleh pihak AADK sahaja namun tahun ini beberapa agensi turut terlibat dengan kerjasama Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Hilir Perak,” katanya ketika ditemuramah selepas selesai melakukan rondaan di sekitar Kampung Terengganu dan Pekan Teluk Intan, semalam.

Agensi terlibat termasuk Jabatan Penerangan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perpaduan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Jabatan Kemajuan Masyarakat turut memainkan peranan dengan mengedarkan risalah berkaitan perkhidmatan agensi masing-masing kepada orang ramai.

“Saya berharap program rondaan sebegini turut melibatkan lebih banyak agensi dalam usaha ‘menghijaukan’ KBT memandangkan banyak masalah melibatkan aspek pelancongan dan sosial serta sasaran lain yang perlu ditangani segera,” ujarnya.

Rondaan semalam merupakan siri kedua daripada beberapa lagi siri rondaan yang akan dijalankan tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda