Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Woodcut Print Art’ Inspirasi Motif Rungus

By 3 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus/Berry Taimin (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Mei (Malaysiaaktif) – ‘Woodcut print art’ antara seni karya visual motif Rungus dihasilkan oleh Christine Beltie, 35, yang berasal daripada Pitas, Sabah.

Menurutnya, mula meminati bidang ini pada tahun 2017 apabila suami membawanya melukis bersama-sama dan mengikuti bengkel anjuran Pangrok Sulap mengenai ‘woodcut print’.

“Idea menghasilkan ‘woodcut print art’ itu terhasil apabila saya mula mereka bentuk tatu kaum Rungus.

“Saya kemudian terfikir, sayang sekali jika saya tidak manfaatkan corak yang mempunyai maksud dan penceritaan tersendiri.

“Bagi saya, tidak rugi untuk belajar dan memahami corak tradisi sesuatu kaum itu kerana mempunyai pelbagai maksud yang boleh ditunjukkan serta diperkenalkan kepada masyarakat dalam dan luar negara,” kongsinya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, di sini Isnin lalu.

Dalam pada itu, suaminya Herman Duang, 47, berkata permintaan sangat menggalakkan dan turut menerima tempahan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Finland, Kanada, Australia, Korea, Filipina, Thailand dan Indonesia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda