Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Hub Usahawan Wanita Ditubuhkan

By 9 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Inisiatif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahan Getah (RISDA) telah mewujudkan Hub Usahawan Wanita dalam usaha memperkasakan wanita dan memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar.

Hub ini akan menjadi platform penting yang menyediakan peluang dan sokongan kepada pekebun kecil wanita dan memberi mereka kekuatan untuk mengatasi cabaran akses pasaran, sumber bahan mentah dan pembangunan perniagaan.

“Melalui pelancaran Hub Usahawan Wanita ini, ianya akan berfungsi membimbing seramai 11,502 orang usahawan wanita daripada pelbagai segmen perniagaan di kawasan luar bandar.

“Hub ini akan memudahkan peluang pemasaran, memperluas rangkaian perniagaan dan menyediakan akses kepada sumber pendidikan serta pembangunan yang disesuaikan dengan keperluan mereka,” kata Pengerusi RISDA Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ketika ditemui selepas majlis pelancaran hub tersebut.

Hub Usahawan Wanita telah dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

Dalam pada itu, Dr. Noraini turut menyatakan RISDA memberi komitmen yang tinggi untuk mencapai objektif dalam Model Perancangan Strategik 2021-2025 dengan memastikan pekebun kecil getah memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM4,500 setiap isi rumah menjelang akhir tahun 2025.

-ZS-

Tinggalkan komen anda