Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Belia di Segamat Digalakkan Menyertai Pertubuhan Peladang Kawasan

By 17 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT 17 Jun, (Malaysiaaktif) – Golongan belia di sini perlu mengambil peluang untuk menyertai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Segamat Othman Mohamad Bahari, berkata pendaftaran ahli-ahli baru berumur 18 tahun ke atas perlu dibuat bagi menarik minat golongan ini menyertai PPK kerana terdapat banyak kebaikan.

“Semangat satu pasukan antara ahli-ahli perlu diperkuatkan lagi demi memastikan PPK Segamat bergerak mencapai matlamat dan kehendak ahli,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor Amiruddin Bahar yang turut mempunyai pandangan yang sama, berkata ketika ini PPK masih kekurangan ahli muda.

“Mereka ini akan menjadi pewaris yang menerajui PPK pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan ke-45 PPK Segamat di Dewan PPK Segamat, kelmarin.

Menurutnya lagi, nilai integriti yang perlu disemai dalam pimpinan PPK Segamat serta keyakinan ahli kepada PPK bagi menjaga kebajikan semua ahli.

Pada majlis tersebut PPK Segamat turut menyerahkan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2022 bernilai RM10,000 kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Segamat.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor Datuk Ali Shikh Ahmad, Pengurus Besar PPK Segamat Mohamad Hanafy Mohamad Nordin, Jemaah-jemaah Pengarah PPK Segamat serta ahli-ahli perwakilan seluruh daerah Segamat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda