Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bermula Sebagai Hobi, Kini Menjadi Sumber Rezeki

By 27 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Irsyad/Nurul Habibah (Manjung)

SITIAWAN, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Bermula dengan sekadar untuk mengisi masa lapang pada 2005, kini hasil tuaian anggur sepasang suami isteri, Shuhaimi Ishak, 59, dan Siti Saloma Saad, 58, mampu menjana pendapatan lumayan.

Ladang anggur berkeluasan satu ekar yang terletak di Batu 7, Lekir dekat sini mempunyai 500 pokok anggur pelbagai jenis antaranya ialah ‘IAC’, ‘Alphonso Lavelle’, ‘Isabella Madu’, ‘Long White Malaga’ dan ‘Carolina Black Rose’.

Menurut Siti Saloma, kaedah penanaman anggur mempunyai beberapa peringkat. Tunas baru pokok yang dipangkas akan berputik dalam tempoh tiga hingga empat minggu berserta bunga.

“Selepas empat bulan, buah-buah anggur yang matang boleh dipungut mengikut kemanisan yang diinginkan. Pokok anggur ini boleh berbuah sebanyak dua atau tiga kali setahun.

“Orang ramai boleh datang ke ladang anggur kami setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang. Pengunjung yang berminat berpeluang mempelajari kaedah penanaman dan penjagaan anggur serta cara-cara memetik buah anggur,” ujarnya.

Tambah Siti Saloma, dia berharap agar setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu pokok anggur kerana kaedah penanamannya mudah tanpa kos yang tinggi dan bersesuaian dengan iklim negara kita.

-ZS-

Tinggalkan komen anda