Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PJR Kasih Sayang Mega Aidiladha Bantu B40

By 27 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) Kasih Sayang Mega Aidiladha adalah satu usaha Kerajaan Perpaduan dalam membantu golongan B40 menjelang Perayaan Hari Raya Aidiladha.

Jualan Rahmah Kasih Sayang Mega Aidiladha peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang yang diadakan, di sini baru-baru ini menawarkan pelbagai barangan asas seperti beras, gula, tepung, bawang dan lain-lain pada harga yang rendah.

Menurut Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan Lina Syazwany Izhar, PJR kali ini menawarkan potongan harga sebanyak 40 peratus daripada harga biasa.

“Terima kasih kepada pihak MYDIN kerana sedia bekerjasama dengan pihak KPDN untuk menjayakan PJR ini,” katanya.

Seorang pembeli Rosina Ibrahim, 44, berkata beliau sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan kerana sangat murah berbanding kedai runcit dikawasan tersebut.

Jualan Rahmah Mega Aidiladha ini diadakan serentak di seluruh Parlimen Jelebu yang melibatkan empat DUN iaitu DUN Chennah, DUN Sungai Lui, DUN Pertang dan DUN Klawang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda