Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hari Bertemu Rakyat Selesai Permasalahan Rakyat Melaka

By 23 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan/Nur Fariza Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 65 jabatan dan agensi di bawah kerajaan Negeri berhimpun bagi mendengar dan menyelesaikan keluhan atau permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dalam program Hari Bertemu Rakyat Open Day (Hari Terbuka) Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini semalam.

Program Hari Bertemu Pelanggan ini bermatlamat membuka laluan kepada orang ramai mendapatkan maklumat dan memberikan maklum balas serta isu yang dihadapi sama ada melibatkan kemudahan awam, persekitaran dan layanan perkhidmatan yang diterima.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, program ini juga merupakan medan kepada rakyat untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara bersemuka dengan barisan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri bagi mengemukakan aduan, cadangan, penghargaan dan sebagainya.

“Segala aduan yang diterima ini akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu serta orang ramai juga berpeluang untuk mengetahui maklumat terkini tentang sesuatu perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh setiap jabatan atau agensi yang terlibat,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda