Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jabatan Perikanan Lepas 10 Ribu Benih Ikan Bantu Nelayan Tempatan

By 14 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Perikanan Labuan melepaskan 10 ribu benih ikan di perairan umum sepanjang tahun ini bagi membantu nelayan tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail inisiatif itu inisiatif tersebut mampu membantu nelayan tempatan yang dianggarkan seramai 564 orang.

“Tahun ini Jabatan Perikanan telah melaksanakan program ini sebanyak empat kali bagi memastikan kelestarian sumber perikanan bagi nelayan-nelayan kecil untuk mencari ikan di sekitar perairan Labuan.

“Benih ikan ini akan mengambil masa antara enam ke lapan bulan untuk matang dan boleh ditangkap oleh para nelayan,” katanya semasa menyempurnakan Program Pelepasan Benih Ikan di Perairan Umum anjuran Jabatan Perikanan, pagi tadi.

Tambahnya, Jabatan Perikanan akan menjalankan proses inventori bagi melihat keberkesanan program tersebut terutama kepada nelayan tempatan.

Pada program itu sebanyak 2,500 benih ikan siakap dilepaskan di Sungai Kinabenua.

-ZS-

Tinggalkan komen anda