Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Wan Muhammad Afiq Wan Mokhtar (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjadi hospital pertama yang mempunyai mesin layan diri menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah program Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN).
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, berkata kampus dan hospital menjadi lokasi permintaan paling tinggi terhadap kemudahan mesin layan diri yang menyediakan makanan siap dimasak pada harga yang munasabah selain membuka peluang tambahan untuk meningkatkan pendapatan bulanan penerima.
“Insya-Allah, kita akan memperluaskan ke hospital-hospital lain dengan kerjasama Kementerian Kesihatan selepas ini,” tambah beliau yang ditemui selepas majlis pelancaran.
Beliau menambah sehingga Jun 2023, sebanyak 10 ribu permohonan diterima dan bagi memenuhi sasaran 5,000 mesin pada tahun ini, 4,900 mesin telah melalui proses perolehan.
-ZS-