Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kastam Buru 500 Buah Kenderaan PBC yang Tidak Kembali ke Labuan

By 23 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan akan memburu kira-kira 500 pemilik kenderaan yang berdaftar di Pulau Bebas Cukai (PBC) kerana berada di luar Labuan melebihi sembilan puluh hari.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman, JKDM mempunyai maklumat dan senarai semua kenderaan tersebut untuk dijejaki oleh pihaknya.

“Saya menyeru kepada pemilik kenderaan berkaitan untuk balik segera ke Labuan untuk menyelesaikannya dengan pihak kastam sebelum dijejaki dalam operasi yang dilaksanakan dari masa ke masa.

“Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun 2023, tangkapan kenderaan yang berada di luar Pulau Bebas Cukai (PBC) melebihi sembilan puluh (90) hari menjadi kes ketiga terbesar dicatatkan dengan nilai tangkapan termasuk cukai berjumlah RM304,925.95 dan semua kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu sidang media, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda