Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur Kini Beroperasi Setiap Hari

By 9 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Nur Diyana Mior Talib (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Klinik Kesihatan (KK) Kuala Lumpur kini beroperasi tujuh seminggu termasuk hari kelepasan am.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr. Nor’Aishah Abu Bakar, pelaksanaan projek rintis KK Kuala Lumpur Klinik selepas waktu pejabat bermula hari ini (Khamis) bertujuan mengatasi kesesakan pesakit zon hijau, iaitu pesakit yang mengalami gejala ringan dan yang kes bukan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Waktu operasi KK Kuala Lumpur dipanjangkan dari 8.00 pagi hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 9.00 pagi hingga 9.30 malam pada hari Sabtu, Ahad serta hari kelepasan am. Manakala waktu menerima pendaftaran pesakit akan ditutup 30 minit sebelum waktu operasi tamat.

“Melalui pelanjutan waktu operasi KK ini, warga kota yang kurang sihat boleh hadir mendapatkan rawatan di KK Kuala Lumpur daripada bersesak-sesak di Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL. Tak perlu buat temu janji, boleh hadir terus ke KK Kuala Lumpur sebelum pukul 9.00 malam dan bayar RM1 untuk mendapatkan rawatan.

“Buat masa ini kami memberikan rawatan kepada pesakit luar yang bergejala ringan dan kes bukan kecemasan seperti demam, batuk, selsema dan mengalami cedera ringan. Tidak termasuk perkhidmatan rawatan klinik pakar dan pergigian,” jelas Dr. Nor’Aishah mengenai perkhidmatan yang boleh didapati di KK selepas waktu pejabat itu.

Selain KK Kuala Lumpur, projek rintis pelanjutan waktu operasi klinik kesihatan fasa kedua ini turut diperluaskan ke empat klinik kesihatan lain di daerah Gombak, Hulu Langat, Ipoh dan Johor Bahru.

-ZS-

Tinggalkan komen anda