Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Peruntukan Lebih RM500 Juta Bantu Petani

By 9 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal Ahmad Tarmizi (Kuala Kangsar)

KARAI, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM590,608 diperuntukan kepada 74 orang petani di daerah Kuala Kangsar melalui projek pertanian sebagai galakan dalam usaha Jabatan Pertanian Negeri Perak (JPNP) meningkatkan pengeluaran makanan di negeri ini.

Projek pertanian tersebut termasuklah Program Pembangunan Buah-Buahan, Program Pembangunan Industri Sayur-Sayuran dan Tanaman Singkat Masa, Program Pembangunan Komoditi Berpotensi, Program Pembangunan Industri Padi, Program Pembangunan Industri Asas Tani dan Program Pertanian Komuniti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata JPNP juga menawarkan insentif seperti Geran Agroproneur Muda yang dikhususkan untuk golongan belia yang ingin mengembangkan lagi perusahaan mereka sebagai galakan untuk lebih berdaya saing.

“Bagi memastikan bidang pertanian terus berkembang seiring dengan perkembangan teknologi semasa, Jabatan Pertanian memperkenalkan pertanian berkonsepkan Ladang Pintar atau Smart Farming yang menggunakan teknologi seperti Internet of Things (IOT).

“Selain itu, demi mendidik dan mengalakkan orang awam untuk bercucuk tanam, bantuan Pertanian Komuniti diperkenalkan sementara pertanian berkonsepkan Pertanian Bandar kini giat dikembangkan di peringkat komuniti di daerah ini,” katanya ketika merasmikan Program Hari Ladang Daerah Kuala Kangsar bertemakan Belia Perkasa Pertanian Kuala di Dataran JPS, Jambatan Victoria Karai, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda