Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Lima Usahawan Terima Pembiayaan SPED

By 9 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyampaikan bantuan pembiayaan perniagaan bernilai lebih RM1 juta kepada lima usahawan di bawah Rural Capital Berhad (RCB).

Bantuan di bawah Skim Pembiayaian Ekonomi Desa (SPED) itu diserahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini semalam.

Lima usahawan yang menerima bantuan SPED ialah Rizq Utama Sdn. Bhd (Johor) RM250,000, Roses Catering Hj. Din (Pahang) RM250,000, Ismajuu Enterprise (Perak) RM220,000, MSG Boat Building (Johor) RM180,000 dan Aynen Global Sdn. Bhd. (Pahang) RM150,000.

SPED merupakan salah satu inisatif Kerajaan dalam menbantu membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda