Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mini Karnival dan Dialog Awam Ledang Dekatkan Pemimpin dan Masyarakat

By 13 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad

TANGKAK, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 140 orang telah menghadiri program Mini Karnival dan Dialog Awam anjuran Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Ledang dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Tangkak, di Dewan Muafakat, Bukit Gambir, di sini kelmarin.

Menurut Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh program tersebut bertujuan mendekatkan pemimpin dan masyarakat di samping menyelesaikan permasalahan yang dihadapi mereka.

“Usaha dan program ini mampu mewujudkan persefahaman antara pemimpin masyarakat dengan jabatan, malah menjadikan mereka lebih memahami bidang kerja sesebuah jabatan atau agensi

“Program yang turut melibatkan jabatan dan agensi daerah ini bukan sahaja menyelesaikan masalah masyarakat namun menjelaskan lebih terperinci mengenai isu yang timbul,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir Shahrihan Jani, ketua-ketua kampung dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Petani Kecil Kampung Solok.

-ZS-

Tinggalkan komen anda