Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Dekati Anak Muda, Selami Hati Mereka

By 13 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Pemimpin perlu mendekatkan diri mereka dengan golongan muda dan memahami isi hati mereka.

“Selami perasaan mereka dan kita pasti akan tahu apa kehendaknya golongan muda terhadap negara.

“Golongan muda kini semakin bijak menilai pemimpin manakah yang terbaik untuk mendokong setiap harapan dan impian mereka,” ujar Firdaus Johari mewakili Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dalam ucapannya di Karnival Kita Madani Peringkat DUN Gurun, kelmarin.

Pelbagai program turut diadakan bagi memenuhi jiwa anak muda seperti pameran motosikal hiasan seiring dengan minat anak muda yang kreatif dan berinovasi serta konvoi motosikal santai anak muda seramai 300 orang.

Persembahan PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia dari Putrajaya turut diadakan dengan pelbagai informasi dasar-dasar kerajaan perpaduan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda